WEST HAM 0 ARSENAL 0

Arsene Wenger melabel persembahan Jack Wilshere sebagai "sangat positif" selepas kagum dengan aksi sulungnya dalam kesebelasan utama ketika menentang West Ham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.


Arsenal dikecewakan dengan keputusan seri 0-0 di Stadium London dan keadaan mungkin bertukar menjadi lebih buruk susulan percubaan Javier Hernandez yang menggegar tiang.

Wenger mengetengahkan Wilshere dalam kesebelasan utama dan pemain antarabangsa England itu kelihatan tajam di bahagian tengah dalam merencana jentera Arsenal.

Pengurus Arsenal itu gembira dengan corak permainan pemain berusia 25 tahun itu.

"Secara keseluruhan, prestasinya positif," kata Wenger kepada BT Sport. "Terutama pada separuh pertama.

"Dia menunjukkan kepantasan yang baik, dia dikasari beberapa kali dan menyumbang dengan baik.

"Dia juga bertahan dengan baik, ia sangat penting dalam kedudukan ini. Untuk perlawanan pertama, ini prestasi yang sangat positif."

Namun, secara keseluruhannya, Wenger kecewa dengan perlawanan, khususnya apabila West Ham gemar untuk bertahan.

"Keseluruhan perlawanan ini mengecewakan," kata Wenger. "Mereka berada dalam fasa yang sangat bertahan.

"Mereka melakukannya terhadap Chelsea, (Manchester City), kini kami tidak begitu cergas dan tajam untuk membuka ruang dan mendapatkan gol.

"Mereka memberi tumpuan kepada pertahanan dan tidak cuba untuk keluar sama-sekali," katanya.