Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, menegaskan beliau menyaksikan kelab Scotland terlebih dahulu untuk menyertai Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding Barcelona.

Di sebalik isu politik yang semakin melarat di Catalonia dalam mencari kemerdekaan daripada Sepanyol, Menteri Belia adan Sukan Catalonia, Gerard Figueras, mencadangkan kelab LaLiga seperti Barca, Espanyol dan Girona berkemungkinan beraksi di negara yang berbeza jika kemerdekaan mereka berjaya diraih.

Ia telah mencetus spekulasi bahawa skuad kendalian Ernesto Valverde itu akan beraksi dalam EPL dan Wenger berjenaka dengan menyatakan ia akan menyukarkan lagi Arsenal untuk menjuarai liga.

Wenger tidak berasakan Barca akan ke England, tetapi percaya EPL seharusnya menerima kelab-kelab dari Scotland terlebih dahulu sebelum menerima kelab luar dari Britain sambil mencadangkan Celtic dan Rangers mampu memberikan saingan yang baik.

"Jika Barcelona menyertai EPL, ia akan menyukarkan kami untuk memenangi gelaran! Saya perlu mempelajari bahasa Catalan selepas ini!

"Tetapi saya tidak berasakan ia akan berlaku. Ia merupakan satu situasi yang menarik kerana perkembangannya akan memberikan impak kepada sukan ini.

"Buat masa ini, terdapat 20 kelab yang bersaing dan mereka mahu meningkatkannya kepada 24.

"EPL perlu menerima kelab Scotland terlebih dahulu sebelum mengambil kelab dari Sepanyol," katanya lagi.