Watford sah ikat Pape Gueye

Oleh Muzaffar Musa 30 April 2020 258
Watford sah ikat Pape Gueye
Watford mengesahkan bahawa bekas pemain skuad remaja Perancis, Pape Gueye, akan menyertai mereka melalui perpindahan percuma daripada kelab Ligue 2, Le Havre, Julai depan.

Gueye, yang merupakan pemain tengah bertahan kelahiran Akademi Le Havre, menandatangani kesepekatan sehingga 2025 bermula 1 Julai depan dengan kontraknya di Perancis akan tamat pada penghujung Jun depan.

Pemain berusia 21 tahun itu pernah mewakili Perancis di peringkat B-19 dan dikatakan menjadi buruan kelab-kelab besar di Eropah, termasuk Arsenal dan AC Milan.

The Gunners dikatakan sudah hampir untuk menandatangani Gueye pada Februari lalu, namun pemain tengah itu kini sah akan berpindah ke Vicarage Road.

Satu kenyataan yang dikeluarkan Warford mengesahkan bahawa persetujuan prakontrak pemain itu sudah "diserahkan kepada semua pihak berkuasa yang berkaitan".
 

Tentang Penulis

Muzaffar Musa

Komen