Andre Villas-Boas tidak bercadang untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris kerana mahu bekerja di tempat lain dengan falsafah berbeza.

Villas-Boas tiba di England bersama Chelsea pada 2011, mencipta reputasi membanggakan selaku jurulatih bersama Academica dan Porto, sebelum menguruskan Tottenham Hotspur setelah menyinar di Stamford Bridge.

Pengendali dari Portugal itu meninggalkan Spurs pada Disember 2013 dan mengambil alih jawatan di Zenit dan Shanghai SIPG walaupun tiada pekerjaan sejak November 2017.

Villas-Boas yang bergelut selepas berpisah dengan Shanghai kini tidak berminat dengan cadangan untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Berbincang mengenai pilihan akan datang, Villas-Boas memberitahu Omnisport: "Liga Perdana Inggeris? Tidak.

"Saya tidak melalui pengalaman di sana dan tidak syak lagi, ia adalah liga yang lebih kepada pelaburan ketika ini bersama pemain dan pasukan hebat.

"Namun, saya sangat sukakan liga yang memahami falsafah daripada sudut berbeza serta corak bola sepak berlainan. Segalanya di England kini lebih getir.

"Jadi, lihat nanti. Saya mahu teruskan kemaraan, mungkin beberapa pilihan di Perancis atau Sepanyol. Anda tidak akan tahu."