LEICESTER CITY 2 TOTTENHAM 1

Jamie Vardy berkata "sudah tiba masa" dia dan Riyad Mahrez kembali mencetak jaringan dalam perlawanan yang sama selepas Leicester meraih kemenangan 2-1 ke atas Tottenham, semalam.


The Foxes meraih kemenangan pertama ke atas Spurs di Stadium King Power dengan Vardy membuka jaringan pada minit ke-13 sebelum Mahrez menggandakan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama.

Ini merupakan pertama kali Mahrez dan Vardy kembali menjaringkan gol dalam satu perlawanan yang sama sejak Mac lalu.

Gol sagu hati Spurs hadir pada penghujung permainan apabila Harry Kane mencetak gol ke-11 musim ini.

"Sudah tiba masa buat saya dan Mahrez kembali menjaringkan gol dalam perlawanan yang sama," kata Vardy.

"Kemenangan ini merupakan satu ganjaran buat kami," ujarnya.

Leicester diuji hingga penghujung permainan apabila Danny Rose cuba mendapatkan penalti selepas dijatuhkan oleh Wilfred Ndidi dan Vardy menarik nafas lega kerana pengadil tidak memberikannya kepada pasukan lawan.

"Ia mungkin mengecewakan kami, anda tidak dapat melihatnya daripada bangku simpanan. Kami berasa lega pengadil tidak memberikannya.

"Segala-galanya berjalan dengan baik. Pengurus kami memberitahu terdapat ruang yang boleh diperbaiki dan kami bersetuju mengenainya.

"Kami akan terus bekerja keras dan mempamerkan aksi terbaik untuk perlawanan seterusnnya," ujarnya lagi.