Robin van Persie percaya Mikel Arteta berpotensi untuk menjadi jurulatih yang 'hebat' buat Arsenal.

Arteta telah memenangi gelaran sebagai pengurus, memimpin The Gunners menang 2-1 ke atas Chelsea dalam aksi final Piala FA.

Walaupun Arsenal menamatkan saingan di tempat kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL), kemenangan di Wembley cukup untuk memastikan slot ke Liga Europa (UEL) musim depan.

Dan bekas penyerang The Gunners, Van Persie, yang menikmati semusim bergandingan bersama Arteta di Arsenal, memberikan sokongan kepada bekas pembantu Pep Guardiola itu mampu menjadi jurulatih berkelas elit.

"Dia merupakan seorang pemain yang berkualiti. Sentiasa cergas, seorang pemain yang sentiasa menghubungka permainan, dia memiliki sasaran dan sangat berkualiti," kata Van Persie.

"Tetapi sebagai jurulatih, dia berpotensi menjadi seorang yang bertaraf dunia. Saya menyatakan perkara ini selepas menyaksikan beberapa sesi latihan.

"Gaya dia menangani media, gaya dia membuat pasukan bermain, sesuatu yang sangat menarik, sangat positif.