Van Dijk: Messi lawan paling hebat, Aguero sukar dirantai

Oleh Shaiful Shamsudin 1 April 2020 534
 Van Dijk: Messi lawan paling hebat, Aguero sukar dirantai
Bintang Liverpool, Virgil van Dijk, melabel pemain terbilang Barcelona, Lionel Messi, sebagai pemain terbaik.

Van Dijk dan Messi bertembung pada musim lalu ketika Liverpool menghasilkan kebangkitan luar biasa membenam Barcelona dalam pertemuan separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Justeru, pemain tonggak antarabangsa Belanda itu memberi penghormatan berkenaan kepada pemenang enam Ballon d'Or tersebut yang dianggap sebagai salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman.

 
"Terdapat beberapa penyerang sukar (dikekang) di luar sana, tetapi mungkin Leo Messi (paling berbisa)," tulis Van Dijk di Twitter ketika ditanya siapakah lawan yang paling sukar pernah dihadapinya.

Bagaimanapun, Van Dijk juga mengiktiraf Sergio Aguero ketika menghadapi Manchester City.

Ditanya siapakah pemain yang paling sukar dirantai, pertahanan itu menjawab: "Aguero."

Van Dijk turut berkata dia "berasa sihat" dan bersedia untuk menyambung aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang sedang digantung akibat penularan wabak koronavirus baru (Covid-19).

Liverpool mendahului dengan kelebihan 25 mata sebelum pandemik itu meletus.

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen