Bintang Liverpool, Virgil van Dijk, berikrar untuk kembali lebih baik, cergas dan kuat' selepas pembedahan lutut.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengesahkan semalam bahawa pertahanan itu mengalami kecederaan ligamen lutut dan dijangka terlepas hampir keseluruhan musim ini.

Pemain kebangsaan Belanda itu bakal menjalani pembedahan ke atas kecederaan yang dialami ketika seri 2-2 dengan Everton.


Skuad kendalian Jurgen Klopp itu kini menghuni tangga ketiga dengan 10 mata selepas lima perlawanan perlawanan.