Diogo Jota semakin hampir untuk kembali beraksi buat Liverpool sementara seorang lagi pemain yang berehat panjang, Virgil van Dijk, juga sudah hampir menamatkan proses pemulihannya.

Jota tidak pernah beraksi sejak ditimpa kecederaan lutut pada hujung tahun lalu.

Pemain kebangsaan Portugal itu memulakan karier di Anfield dengan cemerlang apabila menjaringkan sembilan gol daripada 17 penampilan sejak menyertai pasukan itu daripada Wolves, September lalu.

Semalam, Jota melengkapkan sesi latihannya bersama skuad utama kendalian Jurgen Klopp itu Pusat Latihan AXA.

Ketiadaan Van Dijk berlarutan sejak dia menerima terjahan keras daripada penjaga gol Everton, Jordan Pickford, di Goodison Park pada Oktober lalu.

Kecederaan yang turut dialami Joe Gomez dan Joel Matip menyebabkan Liverpool berdepan krisis pertahanan tengah musim ini dan Jordan Henderon pula mengalami kecederaan adductor selepas sekian lama beraksi di posisi itu.

Tidak seperti Jota, kepulangan Van Dijk mungkin sedikit lewat tetapi dia kelihatan mengadakan latihan secara berseorangan dan nampak bersemangat tinggi untuk kembali beraksi.

Liverpool merekodkan empat kemenangan dan tiga seri sepanjang diwakili Van Dijk musim ini, termasuk tewas 2-7 kepada Aston Villa.

Bagaimanapun, tanpa kehadirannya, rekod 50 peratus kemenangan itu berkurangan menjadi 48.3 peratus di mana Liverpool merekodkan 14 kemenangan, tujuh seri dan lapan kekalahan, sekali gus mengecilkan harapan mereka untuk mempertahankan kejuaraan EPL.

A post shared by Diogo Jota (@diogoj_18)