Van Dijk akan kembali cergas sepenuhnya -- Koeman

Oleh Penulis Jemputan 16 Oktober 2018 85
Van Dijk akan kembali cergas sepenuhnya -- Koeman
Ketua jurulatih Belanda, Ronald Koeman, menegaskan Virgil van Dijk akan kembali cergas bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Liverpool berdepan Huddersfield Town, Sabtu ini.

Van Dijk akan terlepas aksi persahabatan berdepan Belgium awal pagi esok selepas Persatuan Bolasepak Diraja Belanda mengesahkan dia masih lagi mengalami kecederaan tulang rusuk yang dialami ketika Liverpool berdepan Southampton.

Pemain berusia 27 tahun itu beraksi selama 90 minit ketika mengatasi Jerman dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA -- menjaringkan gol pembukaan ketika meraih kemenangan 3-0 -- sebelum kembali ke kelab untuk menjalani rawatan susulan.

"Dia kembali ke Liverpool tetapi bersedia untuk bermain minggu depan," kata Koeman.

"Pegawai perubatan pasukan Belanda telah berbincang dengan pihak Liverpool dan membuat keputusan untuk menghantarnya pulang ke England.

"Dia akan sempat pulih sepenuhnya untuk beraksi minggu depan."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen