Van de Beek puji pemain Indonesia 

Oleh Shaiful Shamsudin 18 September 2020 5124
 Van de Beek puji pemain Indonesia 
Pemain tengah Manchester United, Donny van de Beek, mendedahkan masih berkawan dengan pemain Indonesia, Ezra Walian, selepas kedua-duanya pernah beraksi bersama-sama di akademi Ajax.

Ezra, 22, merupakan pemain warisan Indonesia yang pernah mewakili skuad remaja negara kelahiran ibunya, Belanda. 




"Saya pernah beraksi di sampingnya di Ajax. 

"Dia menyumbat banyak gol dan seorang pemain yang bagus.

"Saya masih berhubung dengannya. 

"Dia sering memberi tumpuan kepada gol, itulah penyerang sejati. Itulah kekuatan utamanya," katanya dalam program Adam Talks di Stadium Astro, hari ini. 

Sejak tiga tahun lalu, dia mula mewakili pasukan B-23 skuad Garuda itu walaupun masih berpangkalan di Eropah sebelum beralih angin ke pasukan Liga 1, Indonesia, dengan menyertai PSM Makassar tahun lalu.

 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen