Manchester United dijangka menerima kepulangan Antonio Valencia di dalam kesebelasan utama bagi aksi pertama Liga Europa (UEL) berdepan Anderlecht.

Valencia terlepas dua perlawanan kerana mengalami kecederaan buku lali tetapi Jose Mourinho meletakkan harapan yang tinggi kepada pemain itu untuk aksi di Belgium.

Sergio Romero dilihat akan terus mengisi kekosongan yang ditinggalkan David de Gea ketika United melakar kemenangan 3-0 ke atas Sunderland kerana mengalami kecederaan pinggul.

"Kami bermain dengan pemain yang bebas daripada kecederaan ketika berdepan Sunderland," kata Mourinho.

"Setakat ini, pemain yang diturunkan adalah pemain yang bebas daripada kecederaan dan saya berharap Valencia akan kembali pulih untuk aksi berdepan Anderlecht.

"Kecederaan De Gea tidak begitu serius dan Romero sentisa bermain dengan baik setiap kali dia diturunkan."

Valencia telah beraksi dalam 35 perlawanan buat United musim ini.