ARSENAL 0 MIDDLESBROUGH 0

Pengendali pasukan, Aitor Karanka, berkata Victor Valdes telah pulih daripada 'saat terburuk dalam hidupnya' selepas menjadi watak utama pasukan Middlesbrough ketika beraksi dalam Liga Perdana Inggeris.


Bekas penjaga gol Barcelona dan Sepanyol itu mengalami kecederaan lutut yang serius pada tahun terakhir di Nou Camp dan gagal memikat bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal, sebelum dipinjamkan ke Standard Leige.

Diberikan peluang kedua untuk beraksi di England oleh Karanka, Valdes telah mempamerkan aksi yang berkualiti untuk meraih slot penjaga gol utama Boro dan berjaya mengikat Arsenal di Stadium Emirates.

"Saya sangat berpuas hati kerana Valdes, dalam tempoh dua atau tiga tahun selepas kecederaannya, ia merupakan saat yang buruk dalam hidupnya," kata Karanka.

"Ketika saya menandantanganinya, saya memberitahu dia perlu memperbaiki senyuman dan kegembiraan beraksi di atas padang.

"Penting buat Valdes untuk mempamerkan kualiti sebenarnya. Bukan sahaja di atas padang, malah di dalam bilik persalinan, terutama ketika mengharungi perlawanan yang besar. Sikap yang dimiliki Valdes amat baik buat kami."