Jose Mourinho berpendapat Manchester United tidak memikirkan tentang Paul Pogba dan pemain-pemain lain yang sedang mengalami kecederaan.

Pogba tidak dapat beraksi sejak 12 September lalu selepas mengalami kecederaan hamstring ketika berdepan Basel dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan Mourinho telah mendedahkan pemain tengah itu terpaksa berehat panjang.

Tetapi United tetap menyerlah tanpa kelibat Pogba, dengan kemenangan 4-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas Crystal Palace menjadi kemenangan ketujuh berturut-turutnya dalam semua kejohanan.

Mourinho berasakan mengeluh mengenai pemain utama yang tidak dapat beraksi bukanlah perbualan utama United.

"Kami tidak merindui pemain-pemain yang mengalami kecederaan," kata Mourinho.

"Ia merupakan cara kami berfikir. Mereka mengalami kecederaan, kami tidak memikirkan tentang mereka.

"Ia merupakan peluang untuk pemain lain mengisi kekosonga tersebut untuk membuktikan kebolehan masing-masing.

"Ketika kami terlalu mengeluh mengenai masalah kecederaan pemain, ia menunjukkan kepada kami seperti mempercayai pemain-pemain lain," katanya.

United akan berdepan Liverpool di Anfield selepas aksi perlawanan antarabangsa pada 14 Oktober.