United tidak berdepan masalah pertahanan -- Solskjaer

Oleh Ammar Hakim 27 September 2020 1140
United tidak berdepan masalah pertahanan -- Solskjaer
Ole Gunnar Solskjaer menegaskan kekurangan ketajaman adalah alasannya Manchester United kerap dibolosi dan menolak cadangan untuk membawa masuk pertahanan tengah yang baru.

United meraih kemenangan 3-2 ke atas Brighton and Hove Albion semalam hasil sepakan penalti daripada Bruno Fernandes, yang menyempurnakannya pada minit ke-10 masa kecederaan.

Bagaimanapun, dibolosi tiga kali ketika tewas dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris kepada Crystal Palace, kekurangan daripada sudut permainan bertahan sekali lagi topik perbualan utama pasukan selepas tamat perlawanan.

Neal Maupay dan Solly March meledak gol buat Brighton, kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada minit ke-95, sementara lima kali menggegar palang gol selepas melakukan 18 percubaan.

Leandro Trossard ternyata tidak bertuah, selepas menjadi pemain pertama untuk menggegar palang gol tiga kali dalam satu perlawanan sejak Cristiano Ronaldo pada Oktober 2006, dan Solskjaer masih lagi meletakkan keyakinan terhadap Victor Lindelof di sebalik aksi hambarnya ketika berdepan Palace.

"Kami memiliki ramai pertahanan dan saya menurunkan Eric (Bailly) untuk memperkuatkan lagi sistem pertahanan pasukan, selepas ancaman dipamerkan oleh Trossard dan Maupay," kata Solskjaer.

"Bagi saya, kami memiliki pertahanan tengah yang mencukupi buat masa ini.

"Benar kami tidak berada di tahap terbaik, gagal menampilkan permainan sebenar dan kurang berkesan ketika melakukan serangan.

"Kami agak ketinggalan tetapi ia lebih daripada kesilapan keseluruhan berbanding individu. Saya berasakan Victor bermain baik dalam perlawanan ini."
 

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen