Wayne Rooney berasakan Manchester United membuat keputusan salah memecat Louis van Gaal pada 2016 setelah dua tahun bertugas di Old Trafford.

Van Gaal digantikan oleh Jose Mourinho sejurus selepas menjuarai Piala FA, namun United mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat kelima.

Di bawah bimbingan Mourinho, United menduduki tempat keenam EPL pada musim 2016-17 tetapi memenangi Piala EFL dan Liga Europa.

Namun Rooney, yang merupakan kapten United pada masa itu, menegaskan kelab itu seharusnya memberi Van Gaal satu tahun lagi untuk membuktikan dia boleh berjaya.

"Saya kecewa ketika Van Gaal dipecat," kata Rooney dalam buku 'LVG - The Manager and the Total Person'.

"Bagi saya, sangat gembira ketika berkhidmat bersamanya.

"Kita seharusnya membenarkan Van Gaal untuk meneruskan musim ketiga, Kami pasti mampu mempamerkan aksi yang lebih baik."Saya berasakan keadaan semakin bertambah baik dan pemain mula memahami visinya. Dalam dua tahun itu, saya belajar lebih banyak daripada di bawah pengurus lain.

"Inilah sebabnya mengapa saya akan selalu berterima kasih kepadanya. Bukan hanya untuk menjadikan saya kapten, tetapi kepercayaan yang diberikan kepada saya.

"Kami tidak mempunyai pasukan terbaik di liga, tapi kami tidak mampu bersaing dengan 12 pemain yang mengalami kecederaan.

"Kesebelasan terbaik pasukan cukup bagus untuk bersaing merebut tempat empat terbaik liga, tetapi setelah mengalami kecederaan, kami mendapat masalah kerana kami tidak mempunyai kualiti yang sama dalam skuad seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Pada masa itu bagus untuk saya kerana saya telah memutuskan mahu menjadi seorang pengurus.

"Dan bekerja dengan Van Gaal sesuatu pengalaman yang tidak ternilai pada pendapat saya kerana saya dapat belajar banyak darinya. Saya tidak mungkin berharap contoh yang lebih baik. "