Kapten Manchester United, Harry Maguire, memberikan amaran kepada rakan sepasukannya bahawa mereka harus meningkatkan lagi mutu permainan ketika The Red Devils berdepan Sheffield United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

United -- menghuni tanggan kelima liga -- akan menerima kunjungan Sheffield United di Old Trafford Rabu ini, dengan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu memiliki kelebihan dua mata dalam perlumbaan untuk merebut slot layak ke Liga Juara-Juara (UCL).

Maguire dan United ketinggalan dua mata di belakang Chelsea, yang menduduki tempat keempat, apabila seri 1-1 semalam dengna Tottenham.

United sebelum ini telah bertemu Sheffield United, seri 3-3 di Bramall Lane November lalu setelah gol penyamaan yang disempurnakan oleh Oli McBurnie pada minit ke-90 dan Maguire meminta prestasi rakan sepasukannya untuk mempamerkan aksi yang lebih baik.

"Itu merupakan perlawanan yang gila," kata Maguire, yang bermain untuk kelab remaja Sheffield United antara 2011 dan 2014, kepada The United Review.

"Kami benar-benar miskin dalam mencari idea dalam babak pertama. Tidak diragukan lagi, itu merupakan persembahan separuh masa pertama yang paling mengecewakan.

"Kami berjaya menjaringkan dua gol tetapi kemudian berada di kedudukan yang hebat dan kelihatan seperti kami akan menang.

"Mereka tidak benar-benar mencipta peluang dalam 20 atau 30 minit terakhir permainan dan kemudian, jelas dengan sepakan terakhir, mereka mendapat ruang dan itu adalah penyudah yang baik daripada Oli McBurnie.

"Akhirnya, ia adalah keputusan yang sukar untuk diterima tetapi saya mengakui bahawa kami tidak cukup bagus dan mengetahui perlu tampil lebih cemerlang dalam perlawanan akan datang."

Kunjungan The Blades ke Theatre of Dreams akan menjadi yang perlawanan tertutup pertama di Old Trafford berikutan wabak Koronavirus.

"Ia amat mengecewakan tidak dapat bermain di hadapan peminat tetapi, suatu hari, mereka akan kembali," kata pemain pertahanan England, Maguire. "Dan, ketika mereka kembali, saya pasti suasananya akan menjadi lebih baik dan lebih bersemangat daripada biasa -- jika anda meraih kemenangan.

"Kami amat merindui peminat tetapi kami mengetahui mereka akan berada di hadapan skrin TV mereka, menonton kami, memberikan semangat kepada kami, dan perkara utama adalah kami mahu menghadirkan senyuman di wajah mereka."