United perlu fikirkan tentang masa depan De Gea

Oleh Ammar Hakim 29 Julai 2020 513
United perlu fikirkan tentang masa depan De Gea
Manchester United perlu memikirkan mengenai masa depan David de Gea, kata bekas penjaga gol The Red Devils, Mark Bosnich.

Kedudukan De Gea dalam skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer diberikan kritikan hebat berikutan aksi kurang cemerlang ketika tewas 3-1 kepada Chelsea dalam aksi separuh akhir Piala FA kepada Chelsea.

Pengurus United itu kekal memberikan keyakinan kepada pemain kebangsaan Sepanyol itu dan dia berjaya tidak dibolosi ketika meraih kemenangan 2-1 ke atas Leicester City pada hari terakhir saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), di mana The Red Devils memastikan berada dalam kelompok empat terbaik.

De Gea has dinobat sebagai pemain terbaik United empat kali dalam tempoh enam tahun tetapi bilangan kesilapan yang meningkat mula menghadirkan kebimbangan dalam permainannya sejak dua tahun yang lalu.

Sejak permulaan musim 2018-19, dia telah melakukan tujuh kesilapan yang menghadirkan jaringan buat pasukan lawan dalam saingan EPL -- Martin Dubravka dan Jordan Pickford (lapan) telah melakukan lebih daripadanya.

Bosnich, juara liga bersama United pada musim 1999-2000, mempertahankan De Gea untuk kembali mendapatkan sentuhan terbaik tetapi berasakan United perlu melihat secara serius terhadap masa depan Dean Henderson atau mendapatkan seorang lagi penjaga gol yang lebih muda untuk memberikan persaingan dengan pemain nombor satu itu.

"Saya percaya [dia akan kembali membuktikan kemampuannya sekali lagi], dia telah beraksi cemerlang untuk tempoh yang agak panjang," kata Bosnich kepada Sky Sports News.

"Sememangnya, apabila anda mula melakukan kesilapan seperti apa yang dilakukan De Gea sejak enam hingga 12 bulan, ramai yang mula membuka mata apabila kesilapan tersebut menghukum United -- sebagai contoh, separuh akhir Piala FA -- orang akan mempersoalkan kredibilitinya."
 
"Buat masa ini, Ole dan stafnya memiliki segala jawapan, mereka perlu membuat keputusan selepas apa yang berlaku dalam perlawanan Piala FA itu.

"Dan jika mereka memilih untuk terus menggunakan khidmat De Gea, saya bercadang United perlu mendapatkan khidmat penjaga gol muda untuk memberikan saingan kepadanya."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen