United perlu beri sokongan kepada Solskjaer

Oleh Ammar Hakim 10 September 2020 914
United perlu beri sokongan kepada Solskjaer
Gary Neville menggesa Manchester United menyokong Ole Gunnar Solskjaer dalam jendela perpindahan jika mereka mahu menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok dua terbaik.

Selepas bersaing untuk menamatkan saingan di tempat ketiga bagi musim 2019-20, United hanya menambah pemain tengah, Donny van de Beek, dari Ajax ke dalam skuad mereka di sebalik banyak spekulasi perpindahan pemain.

Bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho, telah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford, namun kelab itu masih belum mencapai persetujuan.

Bekas kapten United, Neville, berkata Solskjaer memerlukan sokongan jika United -– yang menamatkan saingan di belakang juara EPL Liverpool yang berkelebihan 33 mata -- mahu terus mempertingkatkan mutu permainan.

"Trofi dan berada di kelompok dua terbaik adalah sasaran seterusnya. Ia perlu dicapai namun kesukaran bakal dihadapi oleh SoIskjaer," katanya.

"Dia perlukan lebih ramai pemain dan sokongan daripada pihak kelab.

"Dalam keadaan semasa, bukan sekadar untuk bersaing bersama kelompok atasan akan mendatangakan masalah malah untuk bersaing dengan Chelsea juga sukar selepas mereka telah memperkuatkan pasukan.

"Jadi apa yang telah dipamerkan oleh Ole harus dipandang tinggi dan dia berhak untuk diberikan sokongan selepas siri kegagalan dipmerkan oleh pengendali terdahulu."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen