Pemain-pemain Manchester United dapat berasakan mereka mempunyai peluang untuk menjadikan musim yang istimewa, kata Gary Neville.

Paul Pogba meledak gol ketika perlawanan berbaki 19 minit bagi memberikan kemenangan 1-0 ke atas Burnley.

Ia meletakkan mereka di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL), berkelebihan tiga mata ke atas Liverpool menjelang pertembungan kedua-dua pasukan di Anfield Ahad ini.

Bekas kapten United, Neville, percaya Liverpool tidak senang duduk dan menggesa penyokong Red Devils untuk menikmati kepulangan mereka ke puncak liga.

Kali terakhir United di puncak di peringkat ini ketika pada musim 2012-13, musim terakhir Alex Ferguson yang berakhir dengan kejuaraan liga.

"Saya yakin pemain-pemain berasakan mereka dapat menjalani musim yang sangat istimewa," kata Neville kepada Sky Sports.

"Ia adalah sesuatu yang ganjil, ia kerap berubah, anda tidak dapat mengetahui apa yang bakal berlaku. -- ada unsur yang tidak dapat diramalkan dan Manchester United dapat memanfaatkannya.

"Ia kemenangan yang penting, mendahului liga sebelum aksi seterusnya merupakan satu perasaan yang berbeza. Enam hingga lapan minggu yang lalu anda tidak menyangka Manchester United dapat menghampiri kedudukan ini.



"Sekarang mereka perlu sekali lagi mencari jalan untuk menghasilkan sesuatu, semangat pasukan mula berkembang dan ia dapat dilihat ketika mereka saling meraikan kemenangan ini.

"Sesetengah persembahan tidaklah begitu baik tetapi mereka menang walaupun gagal menampilkan aksi terbaik. Ia sesuatu membuatkan saya sangat teruja dan akan menikmatinya untuk beberapa hari lagi!

"Saya tidak fikir ada yang mengatakan Manchester United akan memenangi liga tetapi hakikat bahawa mereka sedang bertarung untuk mendapatkan gelaran.

"Ia musim yang ganjil. United dibarisan pemain yang berada di tahap terbaik ketika ini.

"Untuk beberapa hari ini, terdapat masa untuk berseronok. Hari-hari yang sukar dilalui buat Liverpool."