United kini bermain seperti yang kami mahukan -- Pogba

Oleh Staff Writer 31 Disember 2018 22
United kini bermain seperti yang kami mahukan -- Pogba
MANCHESTER UNITED 4 BOURNEMOUTH 1

Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba, percaya perbezaan pasukannya di bawah bekas pengurus, Jose Mourinho, dengan pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer, adalah mereka kini bermain dengan corak permainan yang bersesuaian dengan setiap pemain.


Dengan kemenangan 4-1 ke atas Bournemouth dalam Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi, United kini meraih tiga kemenangan berturut-turut sejak diambil alih Solskjaer, dua minggu lalu.

Dalam tempoh itu juga, mereka telah menjaringkan 12 gol melalui corak permainan menyerang dan gerakan yang lebih bebas buat pemain.

Gaya itu berbeza dengan pendekatan yang diterapkan Mourinho sebelum ini dan Poga berasakan taktikal Solskjaer itu membenarkan pemain United bermain seperti yang mereka mahukan.

Pogba berkata kepada Sky Sports: "Ia berbeza. Kami pernah memenangi beberapa perlawanan di bawah pengurus lama, namun kami kini bermain dengan corak permainan berbeza.

"Kami lebih garang menyerang dan memperoleh banyak peluang.

"Kami menggemari permainan seperti itu.

"Itu sepatutnya yang kami lakukan, sentiasa menyerang ketika di atas padang.

"Mungkin kami baru menyedari yang kami adalah Manchester United.

"Kami perlu meneruskan aksi seperti itu dan mengejar kelompok atasan liga.

"Setiap pemain menunjukkan mereka gembira dengan aksi pasukan.

"Itu yang kami perlukan.

"Kami bermain untuk satu sama lain dan memenangi perlawanan," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen