Ole Gunnar Solskjaer memberi bayangan Manchester United bakal mendapatkan satu atau dua pemain baru dalam jendela perpindahan bulan ini.

United tewas 2-0 kepada Arsenal awal pagi tadi, dan kini di tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL), ketinggalan lima mata di belakang penghuni tangga keempat, Chelsea.

Pemain tengah menjadi keutamaan buat United ketika Paul Pogba (buku lali) dan Scott McTominay (lutut) dijangka diketepikan untuk beberapa minggu.

Solskjaer berkata beliau mahu mendapatkan pemain baru, namun hanya akan melaksanakannya jika United menemui pilihan terbaik.

"Anda dapat melihat satu atau dua penambahan mampu membentuk pasukan ini menjadi lebih ampuh," katanya.

"Namun, segalanya bergantung jika pemain tersebut benar-benar sesuai untuk Untied. Kami bakal tanpa khidmat McTominay dan Pogba sehingga bulan depan.

"Pilihan pasukan kini semakin berkurangan dan pasukan bakal meghadapi perlawanan yang penting."

United akan kembali beraksi dengan kunjungan ke Wolves bagi aksi pusingan ketiga Piala FA, Sabtu ini.


Editor: Ammar Hakim