Frank Lampard menegaskan musim Chelsea tidak akan diadili sepenuhnya sama ada mereka layak ke Liga Juara-Juara (UCL) atau sebaliknya.

The Blues kini menghuni tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kemenangan ke atas juara liga, Liverpool awal pagi esok atau ke atas Wolves Ahad ini sudah cukup untuk memastikan mereka menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.

Kurang jangkaan diletakkan kepada musim pertama Lampard bersama Chelsea ekoran penggantungan perpindahan pemain, penghijrahan Eden Hazard' dan memberikan tumpuan kepada barisan pemain muda, tetapi Chelsea tidak perlu keluar daripada kelompok empat terbaik sejak Oktober.

Kekal dalam kelompok empat terbaik serta kepentingan pasukan terus bersaing di pentas Eropah, Lampard mengakui kecewa jika gagal mencapai sasaran itu, namun dia memiliki pandangan yang berbeza.

"Saya memahami situasi ini kerana kami perlu mendapatkan tempat keUCL," katanya.

"Saya berasakan sama ada kami layak ataupun tidak, terdapat banyak perkembangan positif yang boleh diambil bagi masa akan datang."

"Saya sememangnya memiliki keazaman yang tinggi untuk beraksi dalam UCL, tetapi saya berasakan kami telah memberikan perkembangan yang positif dalam pasukan.

"Pada permulaan musim, kami kelihatan tidak mampu untuk berada dalam kelompok empat terbaik.

"Terdapat banyak situasi yang menguji pasukan dan kami membuktikan pasukan di landasan tepat."