Tuchel kagum prestasi Kante kembali pulih 

Oleh Shaiful Shamsudin 6 Mac 2021 593
 Tuchel kagum prestasi Kante kembali pulih 
N'Golo Kante mengetepikan kebimbangan terhadap kecergasannya apabila kembali berlatih secara individu di Chelsea, usahanya itu secara tidak langsung menambat hati pengurus baru, Thomas Tuchel. 

Kante tidak memulakan sebarang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam lima aksi pertama kendalian Tuchel di Stamford Bridge selain aksi terhad 16 minit dalam kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid dalam Liga Juara-Juara (UCL). 

Namun, kemenangan tipis ke atas Liverpool semalam menyerlahkan keupayaannya selepas membuat penampilan ketiga berturut-turutnya dalam EPL.






"Cukup penting," jawab Tuchel ketika ditanya betapa pentingnya pemenang Piala Dunia itu kembali ke tahap terbaik.

"Sudah jelas dari saat pertama dalam latihan lagi dia telah membuktikannya. Ia sukar dipercayai.

"Anda boleh melihat kehebatannya dan dalam laporan fizikalnya selepas perlawanan, kakitangan kami mungkin mengesan data dua orang dan memasukkannya ke dalam satu laporan.

"Sukar untuk mempercayainya daripada segi keamatan, rampasan bola dan berkorban untuk pasukan. Dia adalah pemain berkelas dunia, beraksi di tahap tertinggi jadi saya sangat gembira kerana dia berada dalam skuad kami."


   

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen