Tuah berpihak kepada Chelsea

Oleh Penulis Jemputan 26 November 2017 279
Tuah berpihak kepada Chelsea
Antonio Conte berasakan Chelsea meraih tuah dengan gol penyamaan Willian selepas berjuang untuk meraih keputusan seri 1-1 dengan Liverpool di Anfield, semalam.

Conte mengeluh sebelum perlawanan dengan pemain-pemainnya tidak mendapat secukup masa untuk pulih sepenuhnya selepas berdepan Qarabag dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) dan bimbang apabila ancaman bekas pemain sayap Chelsea, Mohamed Salah, menjadi realiti dengan meledak gol pembukaan pada minit ke-65.

Kehadiran Willian sebagai pemain gantian, yang menjaringkan dua gol ketika meraih kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan itu, menyamakan kedudukan dengan menampan masuk hantaran oleh Eden Hazard.

"Saya berasakan secara keseluruhan, kami telah bermain dengan baik," kata Conte.

"Dalam separuh masa kedua, kami telah menghasilkan banyak peluang tetapi bolos ketika kami sedang beraksi cemerlang.

"Kemudian kami menemui semangat dan bertindak balas. Saya berasakan kami berhak meraih keputusan seri ataupun memenangi perlawanan ini.

"Saya tidak bercakap dengan Willian mengenai jaringannya. Jika dia cuba untuk menghasilkan jaringan mengikut gayanya, kami berhak untuk menerimanya.

"Ia merupakan satu persembahan yang sangat baik walaupun kami terpaksa berkunjung jauh dan pemain-pemain kekurangan masa berehat.

"Saya sangat gembira dengan komitmen serta semangat mereka dalam perlawanan ini," tambahnya.
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen