Traore sedia sertai Real Madrid

Oleh Staff Writer 1 Januari 2020 137
Traore sedia sertai Real Madrid
Pemain sayap Wolves, Adama Traore, tidak mempunyai sebarang masalah untuk melupakan hubungannya dengan Barcelona jika hadir peluang untuknya menyertai Real Madrid, namun peluang untuk kembali ke Nou Camp lebih menarik.

Traore menghabiskan sebahagian besar usia muda di akademi Barca dan dilihat sebagai salah seorang bintang dalam pembikinan La Masia.

Penyerang ligat itu melangkah ke dalam skuad utama bagi saingan LaLiga ketika berusia 17 tahun pada November 2013 apabila turun beraksi selama tujuh minit ketika mengatasi Granada 4-0.

Barca membenarkan dia berhijrah ke Aston Villa pada 2015 sementara Traore mendedahkan pada tahun berikutnya bahawa dia kecewa apabila Barcelona enggan membantu memperkembangkan bakatnya.

Bimbang gagal menyerlah, dia membuktikan kemampuannya bersama Villa sebelum berhijrah ke Middlesbrough dan Wolves tetapi dia merupakan antara tonggak utama di Molineux musim ini sehingga menerima panggil menyertai skuad kebangsaan Sepanyol.

Oleh itu, perbincangan mengenai perpindahan ke kelab yang lebih besar mula timbul sejak kebelakangan ini dan tidak menolak jika berpeluang untuk menyertai Real, namun ia bukanlah keutamaan.

"Jika saya tidak memiliki pilihan untuk ke Barca, saya akan sertai Real," katanya. 

"Terdapat salah faham dengan Barca, sesuatu yang berlaku dan saya tidak menyukainya."

Ketika Traore terbuka untuk kembali ke Sepanyol, dia memiliki sasaran yang mahu dicapai dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) terlebih dahulu.

"Ya, mengapa tidak (kembali ke Sepanyol)," katanya. "Tetapi saya berjanji untuk menjadi salah seorang pemain terbaik di England."



Editor: Ammar Hakim

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen