Adama Traore dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool tetapi bekas pengendalinya, Tony Pulis, berpendapat dia patut kekal di Wolverhampton Wanderers dan menyaarkan tempat dalam skuad Sepanyol.

Produk muda Barcelona, Traore, menikmati saingan musim ini bersama Wolves, meledakkan empat gol dan mencatat tujuh bantuan jaringan dalam Liga Perdana Inggeris selepas diletakkan selaku pemain sayap oleh pengendali, Nuno Santo.

Pemain berusia 24 tahun itu -- yang memiliki hubungan baik dengan Pulis sewaktu di Middlesbrough -- dilaporkan menjadi buruan pendahulu liga, Liverpool, serta dua kelab Manchester.

Pulis berpendapat Traore patut kekal di Molineux dan fokus untuk mendapatkan tempat dalam skuad Sepanyol menjelang Euro 2020 yang dijadualkan tahun depan ekoran wabak coronavirus.

"Saya fikir Traore memiliki kemampuan untuk beraksi. Dia sangat yakin. Saya rasa telah mendapatkannya pada waktu yang tepat. Dia bekerjasama dengan beberapa pengurus yang tidak memberikan peluang cukup untuknya," katanya.

"Saya mengenalinya sewaktu mengemudi West Bromwich Albion dan menyaksikan Aston Villa. Kepantasan dan keseimbangannya sangat memukau.

"Apabila ke Boro, dia tidak berada dalam pasukan di bawah kendalian saya tetapi saya mahu menjadikannya tonggak utama pasukan. Kami berjaya dan dia berkembang dengan penuh yakin serta mula mempercayai dirinya.

"Saya menjadikannya sebagai rakan baik. Dia sering datang dan menghidangkan saya secawan teh selepas makan, duduk berbincang sambil menonton video.

"Anda menemui individu yang bagus dalam hidup dan Traore sangat baik. Anda berharap dan berdoa mereka mampu mencapai tahap terbaik.

"Saya fikir dengan mampu jadi lebih baik. Personaliti yang dimiliki sangat bagus. Langkah seterusnya adalah mendapatkan tempat dalam skuad Sepanyol.

"Saya sangat yakin dengannya dan memberitahu agar kekal. Dia tampak gembira di Wolves. Dia beraksi di bawah bimbingan pengurus yang yakin dengannya serta memberi penghormatan yang wajar.

"Namun, cabaran besar Traore adalah mendapatkan tempat dalam skuad Sepanyol dan kekalkannya."