Adama Traore telah dihubungi oleh beberapa pasukan Liga Bolasepak Nasional (NFL) Amerika Syarikat sewaktu dia menyarung jersi Barcelona, kata rakan sepasukannya di Wolverhampton Wanderers, Romain Saiss.

Pemain sayap Wolves, Traore, telah memainkan peranan utama buat pasukan Liga Perdana Inggeris itu musim ini dengan menjaringkan empat gol dan bantuan jaringan.

Kelajuan dan fizikal memukau yang dimiliki pemain sayap itu menjadi tajuk utama tatkala Liverpool, Manchester City dan bekas majikannya, Barca, dilaporkan mengintai khidmatnya.

Sambil mengesahkan Traore tidak mengangkat sebarang peralatan berat dalam sesi latihan, pemain tengah Wolves, Saiss, berkata pemain dari Sepanyol itu -- yang meninggalkan Camp Nou pada 2015 -- pernah menjadi sasaran NFL.

"Saya melihatnya setiap hari kerana kami berada di dalam gimnasium bersama-sama, sebelum atau selepas latihan," katanya.

"Mungkin dia memiliki gimnasium peribadi di rumah tetapi dalam latihan, dia tidak mengangkat peralatan berat. Dia besar dan sangat pantas.

"Saya pernah memberitahunya, 'Kamu berlari seperti pemain bola sepak Amerika Syarikat (American football)'. Dia menjawab dengan memberitahu sewaktu di Barca, pasukan NFL cuba membawanya ke sana.

"Ada orang yang berkata ia mustahil, dia tidak boleh bermain bola sepak (American football)."




Editor: Nafis Abdullah