Tottenham sedia terima kesan aksi menentang Arsenal -- Pochettino

Oleh Staff Writer 5 Disember 2018 308
Tottenham sedia terima kesan aksi menentang Arsenal -- Pochettino
Mauricio Pochettino berkata Tottenham Hotspur bersedia untuk menerima kesan sekiranya mereka didapati bersalah melanggar peraturan dalam pertelingkahan sewaktu aksi setempat utara London di mana mereka tewas 4-2 di tangan Arsenal.

Pemain Spurs terlibat dalam pertengkaran selepas meraikan jaringan penyamaan Eric Dier di garisan tepi padang tatkala pemain simpanan Arsenal sedang memanaskan badan di mana pemain tengah England itu melakukan isyarat menyuruh penyokong tuan rumah senyap di Emirates.

Pochettino bergegas ke pergaduhan itu untuk meleraikan keadaan tetapi kedua-dua pasukan telah didakwa kerana gagal mengawal pemain oleh Persekutuan Bolasepak England (FA) dan diberi tempoh sehingga jam 1:00 pagi Jumaat untuk memberi maklum balas.

"Sukar untuk mengawal emosi ketika itu. Ia tidak mudah," kata Pochettino.

"Saya berada jauh, berlari dan tiba lambat. Sukar untuk melihat apa yang berlaku.

"Saya cuba menyaksikannya menerusi televisyen. Memang sukar untuk mengawal emosi. Saya rasa ia masih dalam siasatan dan dakwaan FA, jadi tunggu apa yang bakal berlaku."

Ditanya sama ada dia telah bercakap dengan Dier mengenai insiden itu, Pochettino menambah: "Lihat, secara jujur, saya tidak berbincang dengannya kerana apabila anda melakukan sesuatu dan wujud bukti, anda boleh terimanya melalui dua cara.

"Jika anda peminat Spurs, anda memilih satu pendapat dan begitu juga kalau anda penyokong Arsenal. Jika anda pengurus Spurs atau Arsenal, atau pemain The Gunners sedang memanaskan badan, anda akan mempertahankan pemain anda.

"Tiada guna bercakap banyak dan kini hanya perlu menerima keputusan FA. Ia masih dalam siasatan. Jika kami bersalah, kami perlu menanggungnya."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen