Tiada pemain pertahanan baru pada Januari -- Pep

Oleh Staff Writer 29 Oktober 2016 2
Tiada pemain pertahanan baru pada Januari -- Pep

Pep Guardiola tidak bercadang untuk membawa masuk pemain pertahanan baru apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada Januari.

Selepas permulaan yang mantap, gawang City bolos dalam lapan perlawanan setakat ini.

Vincent Kompany, Pablo Zabaleta dan Bacary Sagna masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan manakala pertahanan baru, John Stones, sering dihukum oleh jentera serangan lawan.

Namun, Guardiola -- terdesak untuk menamatkan enam perlawanan tanpa kemenangan -- tidak bercadang untuk mengukuhkan barisan pertahanan memasuki tahun baru.

"Apabila Pablo Zabaleta, Bacary Sagna dan Vincent Kompany kembali pulih, saya akan mendapat pilihan pemain yang ramai.

"Pablo Maffeo turut pamer aksi mantap bermain di posisi bek kanan.

"Pertahanan pasukan melakukan tugas dengan baik tetapi saya tidak pasti apabila kami berada dalam situasi set-piece.

"Kalau boleh, saya mahu menamatkan 90 minit tanpa sebarang gol bolos tetapi set-piece adalah sebahagian daripada bola sepak."

City akan bertandang ke West Brom dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen