LIVERPOOL 6 WATFORD 1

Jurgen Klopp menegaskan Liverpool masih belum boleh meraikan apa-apa selepas membelasah Watford 6-1 untuk menduduki takhta Liga Perdana Inggeris, semalam.


The Reds mempamerkan aksi terbaik di Anfield, dengan Sadio Mane meledak dua gol manakala Philippe Coutinho, Roberto Firmino, Emre Can dan Georginio Wijnaldum menjaringkan satu gol.

Pengurus The Reds, Klopp, berkata pemain-pemainnya memiliki tanggungjawab untuk bermain dengan baik dan diberikan amaran supaya bekerja keras kerana masih berada pada awal musim.

"Apabila melihat kepada keputusan yang diraih, ia berdasarkan kerja keras yang telah dilakukan oleh pasukan. Ia merupakan keputusan yang menakjubkan dan satu persembahan yang sangat mantap," kata Klopp kepada BBC Sport.

"Chelsea juga bermain dengan baik, Manchester City yang berjaya menewaskan Barcelona, Arsenal dan Tottenham mempamerkan aksi yang sengit. Kami juga perlu bermain dengan baik.

"Keputusan yang baik dan prestasi yang cemerlang membantu meningkatkan keyakinan, pemain-pemain saya akan ke serata dunia untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan dan saya berharap mereka akan kembali cergas untuk perlawanan akan datang berdepan Southampton.

"Tiada apa yang perlu diraikan buat masa ini, ia merupakan tanggungjawab kami untuk bermain dengan baik untuk Liverpool.

Coutinho dianugerahkan sebagai pemain terbaik perlawanan selepas sekali lagi menonjolkan kualiti yang dimilikinya, tetapi Klopp melihat seluruh pasukan harus diberikan pujian di atas keputusan ini, menyaksikan Wijnaldum dan Daniel Sturridge turut cemerlang sebagai pemain gantian.

"Kami telah mempamerkan aksi yang memberangsangkan sehingga minit ke-84, enam minit sebelum tamat perlawanan, kami telah dibolosi dengan satu gol."