Thiago perlu beberapa minggu lagi sebelum pulih sepenuhnya -- Klopp

Oleh Ammar Hakim 1 Disember 2020 152
Thiago perlu beberapa minggu lagi sebelum pulih sepenuhnya -- Klopp
Thiago Alcantara masih mengalami kecederaan lutut ketika bertemu Everton dan bakal pulih beberapa minggu lagi, kata pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu tidak beraksi sejak seri 2-2 dalam aksi derby Merseyside di Goodison Park 17 Oktober lalu.

Thiago hanya beraksi dua kali buat Liverpool sejak berhijrah dari Bayern Munich.

Namun persembahannya ketika berdepan Everton dan Chelsea telah memberikan impak -- pemain itu melakukan (107) hantaran dan menyempurnakan (98) bagi 90 minit berbanding mana-mana pemain Liverpool musim ini.
 

Liverpool menikmati lima kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan selepas seri dengan The Toffees, tetapi skuad kendalian masih lagi belum menang selepas sekadar sekali dalam empat perlawanan, rentetan yang terhasil dengan kekalahan 2-0 di laman sendiri kepada Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara sebelum ini.

Menjelang pertembungan dengan Ajax awal pagi esok dan mereka memerlukan sekadar seri untuk mara ke pusingan 16 sebelum aksi terakhir saingan kumpulan.

Ketika kapten pasukan, Jordan Henderson, cergas untuk beraksi, James Milner (hamstring) terlepas perlawanan dan Thiago sudah pasti masih lagi diketepikan.

"Kami perlu menjelaskan mengenai isu Thiago," kata Klopp.

"Thiago mengalami kecederaan ketika bertemu Everton, tiada masalah yang serius namun masih lagi terpaksa impak di bahagian lututnya dan perkara itu masih lagi dalam proses pemulihan. 

"Saya tidak boleh mengatakan Thiago sudah bersedia, dia memerlukan beberapa minggu lagi sebelum pulih sepenuhnya."
 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen