Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, melabel Thiago Alcantara sebagai 'pemain yang sangat baik', tetapi tidak mahu mengatakan terlalu banyak mengenai pemain tengah Bayern Munich itu.

Thiago, 29, bakal kehabisan kontrak bersama kelab Bundesliga itu tahun depan dan telah dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield.

Ditanya mengenai bekas pemain tengah Barcelona di tengah perbincangan perpindahan, Klopp hanya memuji kualiti Thiago.

"Adakah anda akan terkejut jika saya tidak memberikan jawaban tentang hal itu? Hanya kerana saya tidak pernah menjawab soalan seperti ini," katanya pada sidang media selepas kemenangan 2-0 Liverpool atas Aston Villa semalam.

"Thiago adalah pemain yang sangat bagus. Saya menggemari ramai pemain lain di luar sana, tetapi itu sahaja yang harus saya katakan mengenai perkara itu."

Liverpool kembali merekodkan kemenangan hasil gol di babak kedua Sadio Mane dan Curtis Jones ketika juara liga itu semakin menghampiri 100 mata.

Naby Keita melakukan lorongan buat gol pembukaan Mane dan Klopp memuji pemain tengah itu, yang telah berjuang untuk mendapatkan tempat tempat sejak tiba dari RB Leipzig pada tahun 2018."Naby adalah pemain berkualiti dia benar-benar bagus. Dia banyak membantu kami, bukan hanya dengan gol," katanya.

"Kami bermain dalam tiga hari lagi dan ia adalah sesuatu yang sukar, kemudian tiga hari lagi. Ini adalah masa yang sukar, tetapi anda perlu mencari jalan keluar untuk saat-saat berbeza dan Naby adalah jalan penyelesaiannya."

Liverpool berkunjung ke Brighton dan Hove Albion Rabu ini.