CRYSTAL PALACE 2 LIVERPOOL 4

Pengendali, Jurgen Klopp, mengkritik aksi pemain Liverpool yang sambil lewa pada awal permainan walaupun berjaya mengatasi Crystal Palace 4-2 di Selhurst Park, semalam.


Kemenangan Liverpool itu menyaksikan mereka berkongsi mata sebagai pendahulu liga bersama Manchester City dan Arsenal.

Namun, Klopp berkata beliau perlu memperbetulkan situasi itu, sekali gus mengubah rentak permainan anak buahnya.

"Saya tidak berpuas hati dengan gaya permainan pasukan saya pada 15 minit pertama. Kami bermain seakan-akan tiada hala tuju," kata Klopp.

"Selepas kami meledak gol, kami mula bermain bola sepak.

"Kami telah menghasilkan banyak peluang, namun gagal menyempurnakannya."

Dalam perlawanan itu, aksi Philippe Coutinho sekali lagi mencuri tumpuan apabila pemain kebangsaan Brazil itu menjadi penggerak utama Liverpool dalam mencipta peluang menjaringkan gol dan mendapat pujian daripada Klopp.

"Dia seorang pemain bola sepak yang baik. Dia kini berusia 24 tahun dan hasil kerjanya cukup cemerlang. Dia pemain yang baik dan itu sudah memadai untuk saya."