The Foxes dahagakan rekod -- Vardy

Oleh Staff Writer 26 Oktober 2019 386
The Foxes dahagakan rekod -- Vardy
SOUTHAMPTON 0 LEICESTER 9

Jamie Vardy menegaskan Leicester City mengerah segala kudrat untuk melakar kemenangan rekod Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Southampton 9-0 awal pagi tadi.


The Foxes mempamerkan aksi luar biasa berdepan 10 pemain Southampton di St Mary, dengan Vardy dan Ayoze Perez melakar hatrik sementara James Maddison, Youri Tielemans dan Ben Chilwell turut menemui sasaran.

Kemenangan tersebut melonjakkan Leicester ke tangga kedua dan memiliki perbezaan jaringan yang lebih baik berbanding pendahulu liga, Liverpool, yang mengutip 20 mata.

Ia kelihatan seperti Leicester akan dinafikan gol kesembilan untuk mereka menyamai kejayaan Manchester United membelasah Ipswich Town 9-0 di Old Trafford pada 1995 tetapi satu faul lewat Jan Bednarek memberikan Vardy peluang bagi menyempurnakan gol ketiganya daripada sepakan penalti serta menyudahkan kemenangan terbesar di tempat lawan dalam sejarah Liga Inggeris.

Bekas bintang England, Vardy, yang kini mendahului carta penjaring terbanyak EPL dengan sembilan gol,  mendedahkan rakan sepasukannya menyedari peluang untuk melakar rekod dalam perlawanan itu.

"Saya telah disedarkan oleh Jonny Evans bahawa terdapat rekod yang mampu dilakar dalam perlawanan ini," kata Vardy kepada BBC Sport.

"Dia memberitahu semua pemain ketika mendahului 6-0 dan kami berusaha untuk mencapainya. Kami benar-benar ingin melakar rekod tersebut.

"Kami bermula dengan baik, mereka pula terpaksa beraksi dengan 10 pemain dan kami mengetahui keadaan itu. Kami tahu kami hanya perlu terus menekan dan ia membuahkan hasil.

"Ia menceritakan pemain-pemain ini. Kami mahu bermain dengan baik dan kami tahu kami boleh menghadirkan masalah kepada sesiapa saja dan memenangi perlawanan.

"Kami menghadapi setiap perlawanan satu-persatu. Ia satu musim yang panjang dan kami akan melihat bagaimana kesudahannya nanti."

Kemenangan Leicester itu hadir dua hari sebelum ulang tahun kematian pengerusi kelab, Vichai Srivaddhanaprabha, yang terlibat dalam kemalangan helikopter di luar perkarangan Stadium King Power.

"Perkara paling penting, Vichai mahu kami berjuang dan berusaha untuk melakar kemenangan," tambah Vardy. "Saya berharap beliau sedang melihat persembahan kami."

Pemain Southampton, Nathan Redmond, tidak dapat menyembunyikan kekecewaan atas persembahan terburuk The Saints itu.

"Ia adalah satu persembahan yang paling memalukan, ia seperti mimpi buruk, terutama sekali beraksi di laman sendiri," jelas Redmond menerusi Sky Sports.

"Ia adalah perlawanan yang paling mengecewakan sejak saya bersama kelab ini." 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen