Gary Neville mengecam Carlos Tevez atas tingkah laku dan sikap profesionalismenya menjelang penghujung musim keduanya bersama Manchester United, sambil menambahkan dia sudah 'tidak tahan' lagi.

Tevez memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam beberapa musim bersama United antara 2007 dan 2009, dan juga Liga Juara-Juara (UCL).

Dia dengan pantas meninggalkan kelab itu untuk menyertai Manchester City setelah dua tahun tempoh pinjamannya di Old Trafford berakhir.

Walaupun banyak peminat United marah kepada pemain Argentina itu dengan keputusannya berhijrah ke City, sikapnya yang merosot setelah musim pertamanya di United membuat Neville kecewa.

"Apa yang mengganggu saya dengan Tevez adalah dia menurunkan prestasinya pada musim keduanya," kata bekas kapten United, Neville kepada Sky Sports.

"Dia kerap berada di meja rawatan, mulai lambar menyertai sesi latihan, mula bermain-main.

"Dia mempermainkan kelab dan saya tidak tahan dengan sikap itu, terutama seperti ketika saya, yang merupakan orang Manchester United yang garang dan tidak pernah memikirkan perkara lain dalam hidup saya.

"Saya faham bahawa dia mempunyai keadaan itu, tetapi orang-orang di sekelilingnya selalu menjadi telinganya dan dia didorong oleh mereka.

"Saya sangat kecewa kerana, sebagai profesional, dia tidak bertindak dengan cara yang betul.

"Masalah yang saya hadapi dengan Tevez bukanlah dia bermain untuk Manchester City. Itu bukan masalah utama bagi saya. Itu adalah cara dia bermain pada penghujung kariernya bersama United, Saya tidak menyukainya. "

Cristiano Ronaldo, yang juga berhijrah pada akhir musim 2008-09, adalah contoh pemain yang meninggalkan United dengan cara yang betul, menurut Neville.

"Saya tidak pernah mempunyai masalah dengan orang yang meninggalkan kelab," katanya. "David Beckham meninggalkan kelab, Cristiano Ronaldo meninggalkan kelab, Ruud van Nistelrooy meninggalkan kelab. Antara pemain yang hebat.

"Tetapi ada cara untuk meninggalkan kelab dan cara untuk bersikap semasa anda berada di sana."

Neville ingin menekankan mengagumi kemampuan Tevez, ketika dia membentuk trio berbahaya ketika bergandingan bersama Ronaldo dan Wayne Rooney.

"Mari kita jelaskan di sini, Tevez, selama setahun, dengan Ronaldo dan Rooney, sungguh menakjubkan.

"Mereka sangat berbisa, bukan hanya kerana kualiti pemain, tetapi hadirnya semangat yang berjaya mematahkan barisan pertahanan lawan.

"Ronaldo memiliki cara yang berbeza ketika beraksi, dia bukan seorang pemain yang mengasari pemain lawan dan mahu mencari masalah dengan pengadil.

"Dia sangat hebat daripada segi penampilannya. Tetapi Rooney dan Tevez adalah pejuang jalanan yang memiliki kemampuan luar biasa.

"Kami bercakap mengenai tiga pemain terbaik di EPL -- anda tidak akan pernah dapat mengatasi saya dengan hadirnya tiga pemain ini."