Terry kekal fokus untuk Villa -- Smith

Oleh Ammar Hakim 21 Julai 2020 253
Terry kekal fokus untuk Villa -- Smith
John Terry kekal komited bersama Aston Villa di sebalik telah dikaitkan dengan kerusi panas di Bristol City, menurut Dean Smith.

Bekas pertahanan Chelsea dan England, Terry, menamatkan kariernya di Villa sebelum kembali bersama pasukan sebagai pembantu Smith pada Oktober 2018.

Gandingan itu telah membantu Villa kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi aksi play-off, mengatasi Derby County dalam aksi final, tetapi kini berdepan persaingan untuk mengelak daripada penyingkiran, apabila berada dalam zon bahaya ketika berbaki dua perlawanan.

Terry telah berbincang mengenai peluang untuk mengambil Bristol City, yang telah berpisah dengan Lee Johnson awal bulan ini, tetapi Smith kekal tenang di sebalik spekulasi tersebut.

"Saya telah menjawab soalan ini beberapa minggu yang lalu," katanya.

"Saya telah berhubung dengan JT mengenai kaitan antara Bristol City dan dia berkata tidak. Dia kekal fokus dengan tugasan di sini. Kami memiliki hubungan yang baik.

"Fokusnya hanya untuk Aston Villa dan kami senang bekerja bersama."

Villa kini menghuni tangga ke-18 liga -- tiga mata di belakang pencabar terdekat, Watford -- menjelang aksi di laman sendiri berdepan Arsenal.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen