Terjahan berbahaya Aguero bagai mimpi buruk buat Conte

Oleh Chris Myson 9 Disember 2016 3
Terjahan berbahaya Aguero bagai mimpi buruk buat Conte

Pengendali Chelsea, Antonio Conte, menyifatkan terjahan berbahaya daripada Sergio Aguero ke atas David Luiz minggu lalu memberikan mimpi buruk buatnya.

Skuad kendalian Conte menang 3-1 ke atas City di Stadium Etihad untuk mengungguli takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) tetapi kejayaan mereka telah dicemari insiden terjahan Aguero ke atas Luiz yang menyaksikan penyerang Argentina itu dilayangkan kad merah. 

Aguero dikenakan penggantungan empat perlawanan, dengan pengendali Chelsea itu meluahkan keraguannya mengenai kecederaan yang dialami oleh Luiz -- yang masih dipantau menjelang aksi bertemu West Brom. 

"Saya akan terus melihat perkembangan David Luiz sama ada dia mampu beraksi untuk perlawanan akan datang," kata Conte.

"Ia merupakan satu terjahan yang berbahaya. Saya sangat takut dengan perbuatan Aguero itu. Luiz masih dalam proses penyembuhan."

Di sebalik kejadian itu, penyerang The Blues, Diego Costa, telah menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan -- Conte memberikan pujian kepada penyerang kebangsaan Sepanyol itu dan mengharapkan Costa mengekalkan momentum untuk perlawanan akan datang.

"Costa adalah seorang pejuang. Dia tidak pernah gagal untuk memberikan yang terbaik dalam perlawanan-perlawanan yang penting. Kami sangat bertuah memilikinya di dalam pasukan."

 

Tentang Penulis

Chris Myson

Komen