Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, berkata masanya sebagai pengurus Barcelona 'sudah berakhir' selepas menolak peluang kembali ke bekas kelabnya itu.

Pengendali berusia 49 tahun itu kini memasuki tahun terakhir dalam kontraknya bersama City dan telah dikaitkan bakal kembali ke Nou Camp, di mana dia memenangi 14 trofi ketika bertindak sebagai pengendali di antara 2008 dan 2012.

Victor Font, yang dijangka menggantikan Josep Maria Bartomeu sebagai presiden baru Barca, minggu ini telah mengeluarkan perancangannya untuk menyatukan semula Guardiola dengan Lionel Messi di Catalonia.

Bagaimanapun, Guardiola menegaskan Jumaat lalu bahawa dia 'sangat gembira' di Stadium Etihad dan menyatakan bahawa dia tidak mempunyai keinginan untuk menguruskan gergasi LaLiga itu untuk kali kedua.

"Tempoh saya sebagai pengurus Barcelona sudah berakhir," katanya kepada BT Sport. "Dalam hidup anda melakukan sesuatu sekali.

"Ada orang luar biasa yang boleh bertanggungjawab. Ronald Koeman, sebagai contoh, adalah pengurus yang luar biasa.

"Saya akan kembali menonton permainan, tetapi saya gembira di sini. Saya mempunyai keinginan untuk melakukannya dengan baik dan ini adalah perkara yang paling penting."


Bartomeu dan seluruh lembaga Barcelona melangkah meletak jawatan Selasa lalu, dengan lembaga sementara yang ada sehingga bulan Mac ini.

Guardiola berkata lagi, "Mudah-mudahan mereka dapat memilih orang yang tepat dan lembaga yang tepat untuk mengekalkan kelab sebagaimana adanya, di peringkat tertinggi."

City memperoleh kemenangan keempat mereka dalam lima perlawanan semalam dengan kemenangan 1-0 ke atas Sheffield United, Kyle Walker menjaringkan gol tunggal pada penampilannya yang ke-100 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kelab itu.

Itu adalah gol EPL ke-53 City dari luar kotak di bawah kendalian Guardiola -- ebih daripada pasukan lain sejak musim 2016-17.

Walker tidak meraikan jaringannya ketika berdepan bekas pasukannya, tetapi Guardiolamengakui pentingnya gol pada minit ke-28 itu -- satu daripada lapan percubaan City yang tepat ke sasaran di Bramall Lane.

"Saya tahu mungkin dia tidak begitu senang menjaringkan gol menentang kelab yang sangat dia cintai, tetapi bagi kami, ia sangat penting," kata Guardiola.

"Kami bermain dengan sangat baik. Kami berjuang untuk menjaringkan gol daripada peluang yang telah kami hasilkan. Tetapi mereka mempunyai satu peluang yang jelas, tidak lebih dari itu, dan saya sangat berpuas hati. Ia sangat penting."