Tandukan Rashford hampir sama dengan Ronaldo -- Solskjaer

Oleh Penulis Jemputan 27 Disember 2019 3978
Tandukan Rashford hampir sama dengan Ronaldo -- Solskjaer
Ole Gunnar Solskjaer sekali lagi membandingkan Marcus Rashford dengan Cristiano Ronaldo selepas Manchester United meraih kemenangan ke atas Newcastle United.

Rashford menjaringkan gol ke-11 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini -- rekod terbaiknya dalam satu musim -- ketika merakamkan kemenangan 4-1 di Old Trafford awal pagi tadi.

Solskjaer kerap membandingkan pemain berusia 22 tahun itu dengan bekas bintang United, Ronaldo, sebelum ini dan sekali lagi selepas Rashford melakukan tandukan -- mimik percubaan yang kerap dilakukan bintang Juventus itu.

"Fizikalnya adalah satu contoh yang baik. Dia sentiasa berusaha keras memperkuatkan kekuatan fizikal dan kerap berlatih di gim," katanya.

"Apabila memiliki spring ketika melakukan lompatan, ia hanya memerlukan keberanian untuk melakukan tandukan.

"Jaringannya memiliki persamaan dengan Ronaldo dan kemampuannya semakin meningkat."

Anthony Martial menjaringkan dua gol sementara Mason Greenwood turut mencetak nama selaku penjaring ketika berdepan Newcastle, yang ketinggalan terlebih dahulu menerusi jaringan Matty Longstaff.

Martial kini merekodkan enam gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan Solskjaer berkata pasukannya perlu menggunakan sebaik mungkin kemampuan penyerang Perancis itu.

"Kunci utama adalah memberikan bola kepadanya. Dia bukan seorang pemain yang mampu melakukan larian sepanjang permainan.

"Kami perlu menghulurkan bola kepadanya. Dia seorang pemain yang cemerlang beraksi sebagai penyerang nombor sembilan."

United kini di tangga ketujuh, empat mata di belakang penghuni tangga keempat, Chelsea, dan bakal berdepan Burnley, Sabtu ini.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen