WEST HAM 1 LEICESTER CITY 1

David Moyes meraih mata pertama sebagai pengurus West Ham selepas Cheikhou Kouyate memastikan mereka seri 1-1 dengan Leicester City di laman sendiri, semalam


Bekas pengendali Everton, Manchester United dan Sunderland itu gagal mencipta keputusan positif dalam aksi pertama (tewas 2-0 kepada Watford).

Malah, West Ham ketinggalan awal selepas Marc Albrighton mengambil peluang untuk mencipta jaringan selepas keadaan kucar-kacir di barisan pertahanan The Hammers.

Berdepan cemuhan di Stadium London, West Ham mula mencari rentak dalam perlawanan ini dan hasilnya Kouyate menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-45.

Pengurus Leicester, Claude Puel, meningkatkan asakan pasukannya dalam separuh masa kedua dalam usaha untuk mencipta kemenangan di laman lawan, namun gagal melaksanakannya.

West Ham yang gagal mencipta sebarang kemenangan sejak September lalu, kekal sebagai pasukan tercorot dengen perbezaan tiga jaringan, ketinggalan empat mata di belakang juara EPL musim 2015-16 itu.