Pengurus England, Gareth Southgate, percaya bintang Chelsea telah berusaha untuk menghalang Ruben Loftus-Cheek daripada mendapatkan tempat dalam skuad utama di Stamford Bridge.

Loftus-Cheek merupakan salah seorang bintang England yang menyertai skuad The Three Lions ketika seri tanpa jaringan dengan juara dunia, Jerman, dalam aksi persahabatan, Jumaat lalu.

Pemain tengah itu dipinjamkan ke Crystal Palace dari Chelsea dan Southgate berasakan rakan sepasukan di Chelsea sedikit-sebanyak memberikan impak dan menghalangnya untuk mendapatkan tempat dalam skuad utama.

"Saya mengenali Loftus-Cheek agak lama -- saya melihat dia mula beraksi ketika bersama skuad England B-16, Dele Alli turut bermain bersamanya ketika itu," katanya.

"Dengan saiz fizikal yang dimiliki, anda dapat mengetahui kualiti yang mampu dipamerkan oleh pemain ini. Kemudian kita dapat menyaksikan perlawanan bertemu Jerman. Dia merupakan seorang pemain yang berbakat.

"Dia berjuang untuk mendapatkan tempat di Chelsea apabila berlatih dengan pemain-pemain senior yang menyerlah, sekaligus memaksanya bersama kelab lain untuk mendapatkan masa beraksi.

"Saya telah melihatnya beraksi sejak awal musim. Saya berasakan dia mampu menyinar dalam aksi-aksi penting.

"Loftus-Cheek mampu menambah kualiti ketika menyerang, dia memberikan pilihan untuk menghasilkan jaringan," katanya lagi.