Pengendali Middlesbrough, Aitor Karanka, mengakui sukar untuk mengekang Liverpool selepas menyaksikan pasukannya tewas 3-0 di Stadium Riverside pada Rabu.

Dua gol oleh Adam Lallana dan satu gol Divock Origi melonjakkan Liverpool ke kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris.

Skuad kendalian Jurgen Klopp muncul pasukan Liverpool pertama yang berjaya melakar kemenangan di Teeside sejak tahun 2002.

Selepas menyaksikan pasukannya bolos dengan tiga gol di laman sendiri buat kali pertama sejak Ogos 2014, Karanka bertegas bahawa Liverpool merupakan lawan yang paling sukar untuk dikekang musim ini.

"Perlawanan ini sangat sukar kerana sebelum ini kami telah berdepan pihak lawan yang lain," ujar Karanka.

"Tetapi saya rasa mereka pasukan paling hebat musimi ni.

"Kami cuba bangkit pada babak kedua dengan kemasukan Stewart Downing dan Grant Leadbitter tetapi sudah membuktikan kehadiran mereka gagal mengubah situasi.

"Saya tidak boleh mengkritik pemain saya selain berkata bahawa mereka telah cuba memberikan yang terbaik di atas padang.

"Kini kami perlu fokus dengan perlawanan seterusnya berdepan Swansea pada Sabtu."