MANCHESTER CITY 1 EVERTON 1

Pengendali pasukan, Ronald Koeman, menyimpulkan Maarten Stekelenburg telah mempamerkan aksi lima bintang ketika membantu Everton seri 1-1 dengan Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris, semalam.


Stekelenburg berjaya menepis dua penalti daripada Kevin De Bruyne dan Sergio Aguero serta berjaya menampan beberapa percubaan skuad kendalian Pep Guardiola di Stadium Etihad, namun gagal untuk menidakkan gol pemain gantian, Nolito, untuk memastikan City kekal sebagai pendahulu liga.

Everton kini menduduki tangga keenam selepas seri dengan City, mendorong Koeman untuk menyatakan beliau berpuas hati dengan keputusan ini.

"Saya amat berpuas hati dengan satu mata kerana banyak pasukan yang meninggalkan stadium ini tanpa sebarang mata," ujar Koeman.

"Stekelenburg telah mempamerkan persembahan terbaik dalam hidupnya.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan dengan persembahan ini. City merupakan pasukan yang lebih berkualiti, mereka memiliki peluang yang banyak tetapi gagal menyempurnakan dua sepakan penalti.

"Saya berpendapat Romelu Lukaku merupakan antara penyerang yang berbisa di Eropah.

"Dia tidak memerlukan banyak peluang untuk menjaringkan gol."