Pemain bola sepak yang bertukar kepada pemodal, Ramon Vega, berasakan Tottenham menawarkan gaji lumayan kepada Harry Kane dan percaya kapten England itu akan mahu keluar meninggalkan pasukan jika Spurs tidak menyamai cita-citanya.

Pengendali Tottenham, Jose Mourinho, telah diberikan jaminan oleh pengerusi kelab, Daniel Levy, bahawa tidak akan menjual Kane atau mana-mana bintang musim panas ini.

Di sebalik kelab London itu telah meminjam GBP175 juta daripada Bank of England ekoran pandemik coronavirus, yang memaksa konserts dan acara sukan di Stadium Tottenham Hotspur dibatalkan.

Manchester United telah lama dikaitkan dengan penyerang prolifik, Kane dan Vega percaya Levy telah mula memikirkan jalan bagi memastikan bintang mereka tidak berhijrah.

"Godaan itu sentiasa ada. Apabila seseorang pemain mula meminta gaji yang lebih tinggi dan terdapat pihak yang bersedia untuk membayarnya, sejujurnya, ia adalah satu perniagaan.

"Kemudian dengan wang sebanyak itu, anda mungkin mempunyai tiga atau empat pemain yang boleh anda beli. Saya berasakan Kane memiliki tanda harga yang tinggi dan dengan duit itu anda mampu membawa masuk beberapa lagi pemain baru.

"Namun persoalannya sama ada Kane mahu berhijrah atau sebaliknya? Pada pandangan saya, dia adalah produk kelab itu dan telah di berada puncak.

"Tetapi dalam masa sama, dia mahu memenangi gelaran. Anda tidak mahu bermain selama 20 tahun di Spurs dan tidak memenangi apa-apa."