Spurs pamer aksi hambar di Wembley -- Kane

Oleh Penulis Jemputan 26 November 2017 432
Spurs pamer aksi hambar di Wembley -- Kane
TOTTENHAM 1 WEST BROM 1

Harry Kane melabel persembahan Tottenham ketika seri 1-1 dengan West Brom semalam "tidak cukup baik" dan menyifatkan skuad kendalian Mauricio Pochettino itu tidak boleh menyalahkan Wembley di atas prestasi turun naik mereka.


Salomon Rondon membuka jaringan buat West Brom yang beraksi tanpa pengurus, dengan Dele Alli, Davinson Sanchez dan Hugo Lloris gagal berbuat apa-apa.

Spurs bergelut untuk menemui rentak permainan mereka di sebalik Kane berjaya menyamakan kedudukan untuk meledak gol kesembilannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada minit ke-74. Spurs gagal mencari ramuan untuk melakar kemenangan.

Anak buah Pochettino berjaya meraih kemenangan pada awal musim dan kini ketinggalan lima mata di belakang Manchester United, manakala pendahulu saingan, City, akan memiliki kelebihan 13 mata jika meraih kemenangan ke atas Huddersfield Town, hari ini.

"Kami amat kecewa," kata Kane.

"Kami perlu melihat semula dan mencari jalan penyelesaian di atas persembahan persembahan hambar dalam separuh masa pertama.

"Keputusan ini menyaksikan kami ketinggalan jauh dalam saingan liga, kini kami akan menantikan aksi pada Selasa (ketika Spurs berkunjung ke Leicester)."

Sejak melakar kemenangan dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Real Madrid permulaan musim ini, Tottenham terus dihimpit masalah prestasi.

"Beraksi di Wembley seharusnya meningkatkan semangat pemain. Kami perlu bermain dengan lebih baik dan mampu meraih keputusan yang diingini.

"Kami perlu mencari jalan penyelesaian dan terus bekerja keras," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen