Southgate gembira Pochettino berjaya gilap bakat pemain-pemain England

Oleh Penulis Jemputan 2 Oktober 2017 852
Southgate gembira Pochettino berjaya gilap bakat pemain-pemain England
Gareth Southgate gembira dengan impak yang dipamerkan oleh Mauricio Pochettino dalam membentuk pemain-pemain England bersama Tottenham.

The Three Lions hanya memerlukan satu kemenangan ke atas Slovenia dan Lithuania bagi menempah slot automatik layak ke Piala Dunia 2018.

Penyerang, Harry Kane, bersama-sama rakan sepasukan, Dele Alli dan Eric Dier, akan menjadi kunci kejayaan England di Russia selepas ketiga-tiga pemain merupakan antara sandaran utama Pochettino.

Southgate memberikan penghargaannya kepada bekas pengendali Southampton dan staf kejurulatihannya, yang diketuai oleh Jesus Perez, yang membentuk trio itu menjadi antara pemain berkualiti.

"Perubahan ketara (untuk Kane) adalah fizikalnya," kata Southgate. 

"Sejak Pochettino bresama pasukan, mereka telah menekankan latihan fizikal dan Kane merupakan antara pemain yang benar-benar memberikan kesan yang positif.

"Dia nampak kuat, tegap, lebih tangkas dan tajam. Perubahan ketara merupakan fizikalnnya, terdapat juga kualiti daripada segi mental.

"Ketika bersama Southampton, saya mengetahui pembantu Pochettino, Perez, merupakan orang yang bertanggungjawab mengatur sesi latihan dan hasilnya dapat dilihat menerusi persembahan pasukan."

"Impaknya itu dapat disaksikan juga dalam setiap persembahan Spurs," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen