Solskjaer: Tiada halangan Amad Diallo ke Manchester United

Oleh Shaiful Shamsudin 2 Januari 2021 3639
Solskjaer: Tiada halangan Amad Diallo ke Manchester United
Ole Gunnar Solskjaer "tidak melihat sebarang halangan" untuk Amad Diallo melaporkan diri di Manchester United daripada Atalanta tidak lama lagi.

Jaguh EPL itu pada Oktober lalu mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan dengan pasukan Serie A berkenaan untuk perpindahan pemain sayap berbakat itu menerusi kesepakatan bernilai GBP37.2 juta (RM204.6j). 

Pemain berusia 18 tahun itu hanya tampil dua kali untuk kelab Serie A tersebut musim ini dan perpindahannya ke England diharapkan mampu diselesaikan bulan ini.

 

Selepas menang 2-1 ke atas Aston Villa awal pagi tadi, pengurus United itu mengesahkan perpindahan pemain muda berkenaan hampir dilengkapkan.

"Mengenai Amad, kami sudah memiliki semua dokumennya atau lebih tepatnya lagi kami menunggu semua dokumen. Saya tidak dapat melihat sebarang halangan (untuknya ke marih)," katanya dalam sidang akhbar.

"Mudah-mudahan ia tidak memerlukan masa yang terlalu lama, dia akan bersama kami. Sangat teruja untuk membawanya masuk. Saya rasa beberapa kali dia sempat menunjukkan kualitinya tetapi dia harus belajar corak permainan di England. Ia bola sepak yang berbeza, jadi kami akan memberikan akan berikannya masa untuk berkembang dan mncipta impak."


Diallo's

The Red Devils terus menghambat pendahulu dan juara bertahan, Liverpool, dalam kemenangan tipis ke atas Villa itu.

Justeru, Solskjaer tidak mengharapkan terlalu banyak urusan perpindahan yang terlibat bulan ini. 

"Selain Diallo, saya tidak dapat menawarkan perkembangan pemain lain," katanya.

"Kami sering bekerja demi jangka masa panjang dan sebarang pemain baru juga untuk jangka masa panjang."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen