Ole Gunnar Solskjaer menegaskan dia sudah untuk membuat keputusan sukar mengenai masa depan penjaga gol, David de Gea.

Prestasi De Gea sekali lagi menjadi perbualan hangat apabila dua kesilapan penjaga gol itu menjadi punca kekalahan United 3-1 kepada Arsenal dalam aksi separuh akhir Piala FA.

Menjelang pertemuan dengan West Ham, Solskjaer berkata dia sudah bersedia untuk membut keputusan sukar di United.

"Setiap keputusan adalah penting jadi anda perlu mendapatkan perkara yang tepat dan betul untuk pasukan. Kami akan melakukan dalam perlawanan seterusnya," kata pengendali itu.

"Kami juga akan melakukannya Ahad ini kemudian selepas musim berakhir, lebih banyak keputusan yang perlu dilakukan."
De Gea bermain setiap minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan kini menghuni tangga kelima liga ketika saingan berbaki dua perlawanan.

Tetapi, jika ditanyakan sama ada pemain kelahiran Sepanyol itu akan diturunkan berdepan West Ham, Solskjaer enggan memberikan jaminan mengenai kedudukan De Gea.

"Saya tidak mahu bercakap mengenainya, kami perlu kekal sebagai satu kumpulan.

"Kami akan terus bersama dan sebelum ini telah saya katakan De Gea memiliki kekuatan mental yang tinggi. Kami akan lihat sebelum perlawanan seterusnya."