Ole Gunnar Solskjaer merupakan kunci peningkatan mutu permainan Manchester United sejak mengambil alih tugas Jose Mourinho, menurut Luke Shaw.

Solskjaer dibawa masuk menggantikan Mourinho pada Disember 2018 untuk mengendalikan pasukan secara sementara, sebelum bertindak sebagai pengurus tetap pada bulan Mac.

Sejak itu, prestasi dan keputusan United merosot sehingga tamat musim, ia berlanjutan sehingga permulaan musim 2019-20, tetapi telah mendapatkan rentak terbaik sejak pelantikan Solskjaer sebelum pandemik koronavirus memaksa saingan ditangguhkan dua bulan lalu.

United tidak tewas dalam 11 perlawanan, rekod yang terhasil menerusi dua kemenangan ke atas Manchester City, menang 2-0 mengatasi Chelsea di Stamford Bridge dan dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Europa ketika berdepan Club Brugge dan LASK.

Shaw –- yang berhijrah ke Old Trafford sejak 2014 -– berpandangan kesatuan yang terhasil menerusi perkembangan dalam pasukan, turut menjelaskan ia lebih dapat dibuktikan ketika arahan perintah berkurung dikeluarkan.

"Ia sangat bagus melihat semua orang saling memberikan bantuan. "Carras [Michael Carrick, jurulatih skuad utama] membuat panggilan berkumpulan semalam, memuji kami kerana berjaya mengekalkan tahap kecergasan di tahap terbaik sebelum penangguhan saingan.

"Semua orang berusaha keras, kami saling menguji kemampuan antara satu sama lain. Saya berharap semua pemain dapat kembali berlatih bersama tidak lama lagi.

"Saya telah banyak melihat banyak perubahan sejak menyertai United dan saya boleh katakan Solskjaer bertanggungjawab di sebalik peningkatan yang telah dipamerkan.

"Sejak beliau bersama pasukan, Solskjaer mengetahui apa yang diperlukan pasukan. Perubahan telah dilakukan, pemain-pemain yang dibawa masuk memberikan impak positif kepada pasukan. Mereka cepat menyesuaikan diri dalam pasukan dan meningkatkan kualiti United."
Youtube Embed